Thursday, February 12, 2009

VALENTINE




Salam semua....salam sejahtera, salam bahagia buat semua...Sesungguhnya semua tahu dan arif apabila disebut tarikh 14 Februari - Valentine Day.. Pada masa itu munga2 ros terutamanya akan menjulang naik berlipat kali ganda, coklat pun setinggi Gunung Tahan, bantal berbentuk hati bertebaran di kedai2 dan di tepi jalan... Restoran2 pulak berebut2 dengan promosi menu dan seat terhad untuk customer pada hari tersebut. Sejauh mana sambutan ini dalam masyarakat kita dan wajarkah kita menyambutnya....Ikuti selanjutnya seperti di bawah:

Beberapa ulama Islam mengutarakan perkara menyambut Valentine sebagai haram dan tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bukan perayaan orang Islam...bila kenyataan ini keluar pasti majoriti menyokong kenyataan ini. Tapi bagaimana dengan sambutan hari Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas? Memang perayaan2 ini ada perbezaan seperti amalan ziarah-menziarahi tapi adakah itu boleh dikategorikan sebagai tidak haram untuk dilakukan...dan mengapa Valentine ini diharamkan ulama2? Ini berikutan dalam salahtafsiran oleh muda-mudi sekarang ini yang menganggap hari Valentine adalah hari yang mana semua orang mesti mempunyai teman (walau teman tapi mesra) pada hari tersebut. Lebih2 lagi apabila sambutan ini disertai dengan aktiviti yang boleh menimbulkan perasaan ghairah dalam setiap pasangan.

Pada aku, hari Valentine ni xsalah untuk kita sambut asalkan xmelampau...tafsiran kita kena positif dan masih mempunyai nilai2 yang elok...xsemestinya hari ni kita sambut dengan pasangan masing2... Pada yang masih single, inilah masanya untuk keluar berhibur bersama rakan2, minum kopi kat rumah ke sambil nengok citer movie, pi main bowling ke... Dan pada yang dah berumahtangga, elok diluangkan bersama masa tersebut untuk keluarga tersayang...bawa anak2 kuar jenjalan ke, pi rumah tok ngan wan ke...yang penting niat kita. Kalu aku, masa tu nanti aku wat macam biasa ja...sepertimana aku spend masa ngan family aku pada kebiasaan di hujung, bawa p taman or pi main bowling. Kalu bab beli hadiah ni aku xgalakkan sangat, tapi kalu larat dan mampu membeli apa salahnya....yela, kalu Valentine korang beli hadiah, mana nak harijadi lagi (bukan setakat laki atau bini jer; anak2 pun nak jugak), ulangtahun perkahwinan lagi,raya lagi... Baik simpan duit tu dalam bank jer, at least ada gak tabungan tuk semua. Nak2 lagi masa ekonomi xmenentu nih...

Semalam aku ada gak tanya partner kesayangan aku tuh, Valentine nanti nak p mana? Selamber ja dia jawab "malas nak sambut" atau "xpenah sambut"...tu yang sayup2 aku dengar...Bila aku bagitau nak ajak orang lain p Valentine, muncung panjang sedepa...ke3,padan muka xbertapis ayat.... Member2 aku sedari minggu lepas lagi dah sibuk cari hadiah, ada yang saja nak menyakat pasangan masing2 dengan hadiah ntah pape tu...siap bli spender kat kedai RM1.99, pastu lekat manik2...apa kejadah perangai macam tu....Tapi dalam pada tu seronok gak nengok kerenah depa dok menyiapkan 'present' tersebut...Pastu aku lak sengeh2 sendiri mengimagine pasangan depa dapat hadiah cam tu...

Apapun, saja aku nak ucap pada yang nak terima ucapan nih..Selamat Hari Balentain buat semua dan harap ceria2 jer hujung minggu nih....

Monday, February 2, 2009

Otak Moden VS Otak Otai




Salam buat semua...mintak maaf la aku skrang nih sibuk sangat2 sampai janji nak update 2 kali seminggu pun termiss,he3...bz siot sekrg nih...Anyway rini sempat plak aku mengupdate dengan isu panas pasal dunia politik dan sejarah.

Sekarang kalu membeli suratkabar rasa macam xberbaloi dah...selak sikit ja penuh 1page dengan hal gaduh2 kes politik nih...orang nih duk marah sal member dia lompat parti, orang yang menerima ahli baru duk ngengada wat media conference la...huh...aku yang duk melanggan news ni duk pkir 2-3kali masa nak renew yearly membership langgan news. Pada aku diorang politik nih patut ada suratkabo sendiri la kalu nak perang pasal politik nih...xpayang membazir duit rakyat yang nak membaca berita semasa di dalam n luar negori...

Berbangkit isu marah2 pasal lompat parti nih aku sebenarnya perit nak meluah idea n buah pkiran sebab siapa kita. Mana ada ruang untuk rakyat bagi idea atau pendapat. Pada aku isu lompat parti ni dah jadi masa memula Malaisi baru terbentuk. Bagi siapa yang tau sejarah politik kat Sabah sure korang xkan menangkan mana2 pihak. Kalau xsilap masa tu dulu, kerajaan ada 'membeli' few ahli parti kat ctu untuk menghilangkan status undi majoriti parti bukan kerajaan tersebut. Dua kali pilihanraya, dua kali jugaklah geng2 depa kena beli. Dah kena 2kali, parti tu pun join kerajaan as wakil kat negeri tuh... Bila parti pembangkang wat mende yang sama pada diorang tp pada beberapa dekad kendian, marah la plak...Come on man, u do it first, now u got what u put... Lagi sekali aku nak cakap bende ni opinion aku, korang nak terima ke x, tu terpulang la labu.

Apapun kita berserah ja nanti pa jadi pada Malaisi tercinta (tercinta ke...). Aku cinta Malaisi tp bukan pemimpinnya!Wassalam