
Baru-baru nih ada sambutan Chinese New Year (CNY) kat kolej area aku meniaga.
Happening bukan memain lagi, siap ada mercun lagi bila berdetik ja 12 tghmalam. Memula aku ingat xde ape sangat la pesta yang depa anjur sebabnya sempoi sesangat persediaan diorang. Bila dah makin ditelan larut malam, baru keadaan sambutan diorang tuh makin hangat. Aku yang duk meniaga situ pun rasa macam nak join ja depa tapi nak wat camner, aku bukan Cina. Cakap reti la ckit2 kot…. Kalu aku join pun bukan depa berkira sangat sebab bagi pelajar kat sini, aku memang dah macam Cina gak. Asalnya aku memang ada darah orang Cina. Dan mungkin sebab tu gak aku rajin kerja macam Cina2 kat luar tuh. Kalu nengok muka, sure orang pikir aku nih Cina. Nengok nama ja macam orang Indon. Bila dengar aku bercakap plak sebijik orang Melayu. Bagi yang xkenai aku memang memula akan pikir banyak kali aku ni orang apa. Nak tau sendiri jumpa la,he3…
K, berbalik pada cerita pesta Cina di atas. Apa yang membuatkan aku tertarik dengan diorang nih adalah semangat diorang yang sangat ‘teguh’ dalam ke’cina’an. Kalu dah bab bekerja atau social sesame mereka, memang cooperation tuh padu banget. Diorang buat event tuh untuk sehari dan mereka bekerja jugak untuk sehari (termasuk buat khemah dan persediaan pentas dsb). Habis jer event tu diorang terus clear tempat event seusai majlis itu. Punya komited diorang dan aku memang tabik la pada diorang. Ada apek muda sorang nih nunggu member dia datang to pick him up nih lepak kat depan kedai aku. Aku pun puji cara depa urus dan bekerjasama dalam mengsmoothkan event tersebut. Aku tersentak bila apek tu cakap diorang bukan kisah pasal pujian pun janji tradisi dan adat berjalan. Lagi 1 diorang ni bukan jenis suka buang masa dan duit untuk perkara yang xperlu. Perkara yang xperlu dimaksudkan beliau adalah tenaga dalam settle up everything, duit dalam membayar harga sewa khemah dan tapak dan perbelanjaan lain yang dikira nonsense. Terkejut aku bila muda2 lagi depa dah belajar nilai duit dan manusia jenis begini jarang ditemui dan semalam aku temui satu kelompok spesies sebegini. Menakjubkan…
Menakjubkan bagi aku kerana beberapa perkara yang amat ketara dengan nilai2 dan budaya masyarakat kita. Kalu bumiputra la yang organize event tuh, sure dalam seminggu kena sewa tapak n khemah. Sehari untuk setup khemah, sehari untuk buat pentas, sehari untuk susun meja dan kerusi, sehari lagi untuk rehearsal. Event sebetulnya berlaku pada hari ke-4 dan majlisnya belum tentu grand walau persediaan grand nak mampuih. Hari ke-5 plak kemas tempat dan angkut pasu bunga. Next day bukak pentas dan kemas kerusi meja. Final day bungkus khemah. Bila pikir balik memang membazir sangat2. Kalau komuniti Cina di atas, dah 7 jenis event diorang dah boleh buat dan untung plak 7kali ganda berbanding apa yang orang kita dapat. Haaa…. Lagi satu yang aku salute is bila bekerja depa xpikir pun pasal kategori kerja samada untuk pompuan atau lelaki. Semua depa balun, yang pompuan pun incredible masa tuh, yang lelaki plak korbankan macho p masak sekali. Wow, terpegun gua… Kalu la bangsa kita yang wat kerja, sori la yang jantan nak pi masak dan yang betina plak duk mengekeh dan tersembur air liur mengumpat masa masak2.
Sebenarnya bangsa kita pernah punya sifat seperti orang Cina tersebut tetapi makin hari kita makin lupa ekoran kesenangan yang dikecapi makin meningkat dari generasi ke generasi. Mak bapak plak jenis berkira kalu bersosial dengan sapa. Kalu berkawan dengan orang kampong plak xbleh, nanti jadi malas dan tau tanam sayur ja. Kalu buat kenduri lebih senang upah catering ja. Kalu bergotong-royong ala kampong kononnya kotor la,jijik la... Wei,kena ingat sikit. Katering yang korang order tuh xsemestinya bersih. Sapa yang masak bukan korang kenai pun. Bukan korang tau tangan tukang masak atau tukang potong ada kurang ke x… Pada aku baik kotor hasil dari tangan sendiri daripada kotor dari tangan orang yang kita xkenal. Apa2 pun, pikir la sendiri… Kita kena lebih kenal dan bangga dengan asal usul kita.
P/S : Kawan aku pernah komen, dia kalu makan selain rumah sendiri sure sampai menjilat jari. Dia cakap air tangan orang yang masak sedap dan dia xkira kalu tangan orang tu kurap sekalipun. Yang penting sedap dan dia puas hati membayarnya…ke3…Pada member aku nih, patut la ko segar-bugar…hari2 dapat ‘xtra’ vitamin D….hehehehe….