Wednesday, December 17, 2008

When Boss Is Always Right...




Salam semua...Pepagi cenggini aku teringat akan perbualan aku dengan beberapa orang kakitangan kerajaan (geng2 aku gak cuma depa agak berumur gak la...) yang berpangkat dalam institusi diorang. Memasing nih aku panggil uncle sebab umur depa pun dah mencecah setengah abad. Memula kitorang duk sibuk pasal citer PKR dah menguasai salah 1 negeri di Borneo, antara langkah besar parti itu yg menjadi. Lalu kitorang duk sembang2 sebab parti yg memerintah sekarang nih tumbang...Banyak gak faktor yang kitorang dapat,xleh nak listkan da...Dan sememangnya parti pemerintah ini bakal tumbang tidak lama lagi. Jangan ingatkn PKR senyap terus lenyap...Aku bukan xsokong kerajaan, cuma aku kira berdiri atas pagar jer skrang ni.

Berbalik pada kisah kat atas, satu management rules yang di apply kat dalam agensi kerajaan...

1) Bos is always right
2) When Boss is wrong, refer to rule no.1.....

Jadik,sape2 yg jadik boss kira xsalah dalam pape jua keadaan la kalu kita nak pk kolot sgt...Agak2nya prinsip ni la yang depa pakai kat mana2 cwgan n xheran jugak kalu pakai kat parti depa...Pasal isu rasuah, kalu ikut prinsip ni hancus la....Nak banteras pun xkemana...Ada komen, sila2 la masuk komen n komen kaw2...

Monday, December 15, 2008

2 Sekali Datang...

Salam Monday Blues buat semua kengkawan...post aku kali ni utk memenuhi lumrah dunia maya ni,apa lagi kalu bukan kena tag...1 aku dapat dari Mr. Penyubiru dan 1 lagi dari Cik Farzana. Aku rasa post ni la plg pjg..Sori kalu boring,tp aku akan letak cerita lucu dlu tuk tatapan semua...



Semua Orang Memanggilku Aisyah...


Pada suatu malam Jumaat sepasang suami isteri sedang tidur nyenyak. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara keras. Ternyata pintu kamar mereka dibuka dengan kuat dan mengejutkan mereka. Seorang perompakk lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri.

Perompak: “Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!”

Isteri: “Na… na… nama sa… saya… Aisyah”

Perompak: “Aisyah? Nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu.”

Lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata…

Perompak: “Sebutkan namamu! Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku.”

Suami: “Namaku Irwan… tapi… semua orang me… memanggilku Aisyah…”


************************************************************************************ Tagg by Penyubiru

1.Do you think you're hot?
Maybe.


2. Upload your fave picture of you
Sori xleh kuar,masalah teknikal...

3. Why do you like that picture?
Dah aku suka…

4. When was the last time you ate pizza
Hari-hari aku makan pizza…

5. The last song you listen to?
Azan

6. What are you doing right now besides this?
Baca macam-macam buku…

7. What name you prefer besides yours?
None, I just like mine and that’s me…

8. People to tag:
1. Penyubiru
2. Bozzo
3. Hans
4. I-chimera
5. Farzana
6. Cikgu Wiween
7. Azza
8. Ajeem

9. Who is number one?
Yang Maha Esa..

10. Number three is having relationship with?
my love one..

11. Say something about number five?
before five is four..So, I love my love one forever…

12. How about number four?
Again, I love my love one forever…

13. Who is number two?
My love one...

*************************************************************************************
Tagg from Farzana


Rule
1)People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any questions that they dislike with a new question formulated by themselves. 2)Tag 6 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tag by continuing this game by sending it to other people.

1. Do you have secrets? Few only. 2. Would you fall in love with a guy/gurl younger than you? No problem if that is God willing… 3. What is your favourite animal? Love all animals, all are God creature 4. What would you do with a billion dollars? Show it to Michael Jackson @ Jacko 5. Will you fall in love with your friend? Could be…who knows… 6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone? Both 7. List your favourite movies Any, I watch movie that suit with my mood at the time. 8. If the person you secretly like is already attached, what would you do? Just happy for them. 9. List 5 favorite TV shows The 3 CSIs, TV news, Discovery Channel 10. Do you have any regrets? No, I accept all as fate and God willing

Sunday, December 14, 2008

Think Twice


Salam to everyone...This is the first entry I guess that I'm using English. Nothing much for me to say as I wanted to share one of the moralle jokes that I've found in the internet. Hope all enjoy it and take it as a lesson in life.


Divorce Letter

___________________________________________________________________


Dear Husband:

I'm writing you this letter to tell you that I'm leaving you for good. I've been a good woman to you for seven years and I have nothing to show for it. These last two weeks have been hell. Your boss called to tell me that you had quit your job today and that was the last straw.

Last week, you came home and didn't notice that I had gotten my hair and nails done, cooked your favorite meal and even wore a brand new negligee. You came home and ate in two minutes, and went straight to sleep after watching the game. You don't tell me you love me anymore, you don't touch me or anything. Either you're cheating or you don't love me anymore, whatever the case is, I'm gone.

P.S. If you're trying to find me, don't. Your BROTHER and I are moving away to West Virginia together!

Have a great life! > Your EX-Wife

*********************************************************** ********************************

Dear Ex-Wife

Nothing has made my day more than receiving your letter. It's true that you and I have been married for seven years, although a good woman is a far cry from what you've been. I watch sports so much to try to drown out your constant nagging. Too bad that doesn't work. I did notice when you cut off all of your hair last week, the first thing that came to mind was "You look just like a man!" My mother raised me to not say anything if you can't say anything nice.

When you cooked my favorite meal, you must have gotten me confused with MY BROTHER, because I stopped eating beef seven years ago. I went to sleep on you when you had on that new negligee because the price tag was still on it. I prayed that it was a coincidence that my brother had just borrowed fifty dollars from me that morning and your negligee was $49.99.

After all of this, I still loved you and felt that we could work it out. So when I discovered that I had hit the lotto for ten million dollars, I quit my job and bought us two tickets to Jamaica.

But when I got home you were gone. Everything happens for a reason I guess.

I hope you have the fulfilling life you always wanted. My lawyer said with your letter that you wrote, you won't get a dime from me. So take care.

P.S. I don't know if I ever told you this but Carl, my brother was born Carla. I hope that's not a problem.

Signed Rich As Hell and Free!

Saturday, December 13, 2008

Senang Cakap 2



Semalam duk leka layan berita kat Astro Awani, salah satu berita yang menarik perhatian aku adalah pengumuman penurunan harga minyak global; USD56 setong. Sebagai rakyat yang peka dan prihatin, aku jadik bengang dengan kerajaan yang sedia ada. Mana mungkin tidak membengangkan, termasuk kali ni ntah berapa kali harga minyak dunia turun semenjak penurunan harga minyak terakhir kat negara kita. Bila masa harga dunia tengah naik, bukan main cepat depa yang bertanggungjawab nak naikkan harga minyak. Alasan belanjawan sedia ada negara xbleh nak tampung. Hari ni naik minyak global, kalu bleh esok jugak nak naik. Tapi depa main politik, kata terpaksa naik gak sbb bajet negara xdak n xleh tanggung. Piiirahhh.....


Depa yang kat atas tuh xpa la sebabnyer kerajaan tanggung, leh pam bape pun drg nak n claim gerenti dapat...Kita yang kat bwh ni kat sapa nak claim...Nak claim kat atuk aku, dia dah p six feet under ground... La ni satu bende yang aku nak reveal yang sememgnyer dari dulu duk menyakitkan hati sal govern nih. Ada member aku sorang tuh dia drebar kerajaan.

Dipendekkan citer drg ada elaun minyak yg mmg dikhaskan untuk driver. Yang bestnyer bila mamat tuh bagitau yang dia kalu claim, akan claim double. Aku pun duk nganga masa tuh, mana taknyer sekali pam bukan seposen dua...Beratus woo....Bayangkan pajero kalu isi full tank...haaa....Dia cakap elaun tu satu, lagi bila dah balik travelling dia claim lagik! Patut la dia leh bli semi-D dua tingkat pas 2thn kija...hu2...tu duit pembayar cukai (aku dan geng2 pembayo yang lain) yang ko dok perabih bayar rumah la mamat... Bila pk balik aku malas nak ambik pusing dah sebab aku pk tu cara dia nak hidup dan kalu dia rasa cara tu halal, biarkan...Sendiri jawab kat akhirat..Penah aku tanya dari mana dia belajar, selamber kodok ja dia jawab..."Drebar senior aku yang ajar....bapak kawan aku yang jadik drebar dulu pun penah ajar aku gak camner nak claim sampai maksima....". Maunyer terkedu aku...


La ni baru ckit reveal n tu dari kelas bawahan...belum lagi atasan... Seorang Bro C yang aku kenai bagitau perumpamaan ni kat aku...kat gomen bukan pakai pun Kelas Sokongan ke, kelas Atasan ke dan ape2 kelas lagi...Tu atas kertas ja...depa pakai kaw punya pkataan...kumpulan ratusan, ribuan, puluhan ribu and so on...Wuih, patut la bila dah kija gomen xnak berenti...Mr Nabil,wa pinjam ayat lu ek, Lu Pikir La Sendiri...

Wednesday, December 10, 2008

Senang Cakap



Salam semua...Kabare lepas cuti raya? Harap semua dok sihat... Lama gak aku duduk menung depan laptop duk memikir nak letak topik apa tuk entri kali ni. Then aku teringat kat satu kenyataan Pak Lah (PL) sal kes turun harga xlama dulu. Dia duk sibuk suh pekedai2 kat luar nun tuk turunkan harga barang sebab minyak dah turun. Gelak besar aku masa dia buat announcement @ gesaan macam tu. Mana tidaknya, hasil daripada minyak naik hari tu dia xtau @ xterpikir kesannya. Nak2 lagi pastu takrif elektrik naik dan at the same time b4 or after ka; tol naik. Tapi jangkamasa antara bende2 ni jadi tak jauh rasanya.

Dengan bangga dia duk kata hypermarket ***** dah trun harga, so pekedai2 lain pun patut turun harga. Ada ke patut buat macam tu... Kalu nak pekedai turun harga, dia kena pk dari sudut sebagai seorang pekedai @ peniaga. Kos minyak memang dah turun, tapi sapa nak cover elektrik dan tol yang naik? Kerajaan nak bagi subsidi kat depa ke? Lawak belacan betol la... Kalu takat hypermarket xheran la kalu depa leh turunkan harga coz harga yang depa dapat tu is harga borong. BORONG! Kalu hypermarket xturunkan harga xtau lg la pe nak cakap. Seperkara lagi, salah satu hypermarket yang dia announce tuh sape yang punyer? Hahaha, PL, PL.... Kalu xde kepentingan dengan dia ada ke dia nak umum kat tv? Rakyat Malaisi, lu pk la sendiri...

Bukan aku nak salahkan PL 100%, tapi saja untuk kesedaran semua kengkawan bloggers.. Jangan duk persalahkan peniaga2 kat luar tu kalu depa xturun harga. Kena pk kos yg drg tanggung daripada kenaikan minyak tuh. Lagipun sape meniaga xnak untung. Boleh kasitau sama gua (chewah...) sapa yang meniaga xnak untung. Walau untuk beramal pun sure mesti nak untung punyer,kalu x macamane nak pusing modal. Kalu ada peniaga yang memg hisap darah tu aku xcover la. Aku bercakap macam nih sebab aku jugak seorang peniaga, nak cakap beso tu xla tp cukup utk tanggung family n wat saving. Penah aku dan kengkawan sekerja berdebat sal isu nih tp mati2an depa salahkan peniaga. Aku nak wat camner, dah depa tu pengguna dan mulutmata (aka kakitangan) kerajaan. Gaji dibayar takat tu ja... Overtime nyer xde...

So ni la pandangan aku sal isu nih... mana yang nak hentam aku terima... aku xleh nak cakap banyak sal ni, kang kena plak mcm mamat blogger yg sorang tp aku mmg sanjung dia wei... Dia leh tahan sampai tahap mcm tuh, memg aku respek kat dia (memg berani)... Well this is the end of my n3. P/S wat sume; yang adil dijulang, yang salah kita sanggah...

P/S 2: Pada kengkawan yang tag aku ritu, aku mintak maap byk2 sal tlupa plak bila dah sibuk. So, klu rajin link kan aku dgn tag tu utk aku jawab tag tuh...hu2

Sunday, December 7, 2008

Salam EidulAdha


Salam wat semua....salam eudiladha yang bakal menjelang tiba beberapa jam lagi...Semoga kedatangannya membawa seribu erti kepada kita semua. Pada entri kali ini, aku ingin berkongsi satu cerita ni buat pengajaran semua. Diharap terhibur.


"Tokoh Agama dan Motor"

Dua orang tokoh agama menunggang motor dengan kelajuan yang melebihi tahap maksima yang dibenarkan. Mereka akhirnya diminta untuk berhenti oleh seorang polis kerana tahap kelajuan yang melebihi kelajuan maksimum yang sudah ditetapkan.

“Apa yang anda lakukan? Anda menunggang motor dengan kelajuan tinggi.”

Salah satu dari mereka berkata, “Kami menunggang motor ini hanya sekadar suka-suka… lihatlah motor ini memang sangat bagus dan laju speedonya.”

Si Polis menggeleng-gelengkan kepalanya, “Bagaimana pun juga, saya harus menyaman anda. Memandu seperti itu sangat membahayakan diri anda. Bagaimana kalau anda mengalami kecelakaan?”

Kemudian ia berkata lagi, “Jangan khuatir, Dia beserta kami.”

Si Polis berkata, “Wah, kalau begitu saya sememangnya harus menyaman anda, kerana tiga orang dilarang berada dalam satu motor sekaligus.”



P/S: Biar lambat asal selamat. Rancang perjalanan anda...Salam EidulAdha sekali lagi...

Thursday, December 4, 2008

Mari Berpantun...

Salam suma,lame gak aku xpos pape....memang bercuti sakan betul haku ek...skali nih aku nak ajak korang berpantun plak da,harap yang mengomen sama2 la kita berpantun...jom asah bakat..





Mesin basuh baru ku beli
Nyesal terbeli separa otomatik
Hari-hari makan main membeli
Suami pun naik geli ketiak

Beli hadiah tuk si isteri
Xde idea beli baju tido
Dalam banyak design, terkenan design strawberi
Pastu membebel bini xreti bergaya woo

Bangun pagi sorang-sorang
Dari pagi bekerja xrenti-renti
Tinggal-tinggalkan isteri tersayang
Bila bini tinggal sekejap rasa nak mati


Hah,kalu nak menjual ka,membeli pantun ka....dipersilakan....Cuba try test ;P

Wednesday, November 19, 2008

Banyak isu woo...


Salam wat semua...lama dah dinamit kat post bawah meletup agaknya sampai few frenz duk tanyer ble nak wat n3 baru. Aku baru je lepas tahap sibuk untuk tahun ini(harap2 la...). Kalu x sure mereng dibuatnyer dgn tdo bape jam je sehari. Nak tdo lebih 5j pun payah. Mau selim jadiknya...

Semenjak dua menjak nih banyak sangat isu2 hangat kat news yang kta bleh baca...dengan brita pm n tpm kuar out-station sampai la majlis kawen orang pun jadik isu...kekdg heran gak dengan perangai manusia sekarang nih...part ni aku nak melalak pasal kawen artis sorang tuh...bukan aku nak menghitamkan memori indah drg tetapi ni satu knyataan...bukan nak backing gak tp realiti yang harus diterima orang2 yang berkaitan. Kesian pun ada kat tuan empu majlis tp geram pun ada gak tp dah takdir Allah jadik mcm tuh, nak wat camner...La ni sibuk sal wartawan xpuas hati ngan treat yang artis tu wat masa majlis resepsi drg. Ni satu trend artis kat Msia yang aku sendirik pun kurang senang...wat majlis kalu boleh satu dunia tau n jemput,pastu bla timbul masalah itu ini melalut xtentu pasal. Sibuk plak cakap manusia xsempurna la, itu la...wei....wartawan pun 1 gak, xsedar diri...dah bagi table tu tunggu la sampai tuannyer sampai,sebab tu peranan table diberi...Kalu artis kat tempat bride tu,drg x 'dibekal' table pun xbanyak songeh. Setia gak dengan teman yang wat magazine drg laku... Agaknya wartawan cni terlalu dimanja kot sbb nek pokok...kih3...ni bukan nak menghina wartawan k,hanya pandangan seorang peminat seni tanahair. Jadikan ini sebagai teguran.

Satu lagi perangai yang berlaku kat Msia nih yang aku sendiri xpaham pasal manusia yang xnak tgok orang senang... Macam kes kat atas, xde nyer drg nak bertolak ansur. Bende nih kena ditanam dari akar umbi lagi...Patutnya ditunggu dan dibiar dahulu si pengantin menikmati majlis mereka yang mungkin hanya sekali seumur hidup. Pastu nak terbiu, terbiu la sampai pagi... Biarkan mereka bersenang hati dengan majlis mereka, jauhkan nak mengondem majlis orang...Pk la sendiri kalu orang wat camtu kat majlis korg or anak2 korg, xsket ati ke? Mau nyer tidak kan...ha, nak kata Nabil 'Lu pk la sdiri'...


Papepun, kenyataan di atas adalah dari pandangan dan bualan orang yang dipetik untuk kesedaran semua...Pk halal @ haram mknan yang kita dah makan kat majlis tuh jer...Salam maaf andai ada yang terasa.

Thursday, November 13, 2008

Dinamit Malam Pengantin

Salam wat semua...Haku memang bz tahap PM dah ni sampai bersarang dah lelabah kat blog nih. So, rini aku masih bz dan hanya sempat mengepost lawak Dinamit Malam Pengantin tuk semua....Do enjoy it...


Sepasang suami istri yang baru saja menikah bersiap untuk tidur bersama. Si suami melepaskan kemejanya, menonjolkan bisepnya dan berkata:

“Sayang, setiap lengan ini menyimpan kekuatan setara dengan dua ratus kilogram dinamit.”

Si isteri sangat kagum melihatnya.

Suaminya lalu menanggalkan seluarnya, mempertontonkan kakinya yang berotot dan berkata;

“Setiap kaki menyimpan kekuatan sama dengan lima ratus kilogram dinamit.”

Ketika si suami melepaskan seluar dalamnya, si isteri memandangnya dengan wajah ngeri.

“Kenapa?” tanya si suami.

“Saya harus keluar dari sini,” kata si isteri.

“Dinamit sebanyak itu dengan ’sumbu’ yang pendek begitu, ruangan ini pasti akan segera meledak!”

Wednesday, October 29, 2008

Bengong...

Salam wat sume...haku xdak pe idea nak post wat masa nih....tengah bengang, bengong n bizi nak mampos. Tuk tidak menghampakan korang yang datang melawat blog nih, aku paste joke kat bawah nih tuk korang baca dan habiskan masa. Jangan sampai kembang suar dalam korang dok gelak bila dah baca citer kat bawah. Tq



Hospital Patient


A sweet old lady telephoned St. Joseph's Hospital. She timidly asked, "Is it possible to speak to someone who can tell me how a patient is doing?" The operator said, "I can, what's the name and room number?"

The old laday in her weak voice said, "Norma Findlay, Room 302."
The operator replied, "Let me place you on hold while I check with her nurse."


After a few minutes the operator returned to the phone and said, "Oh, I have good news, her nurse just told me that Norma is doing very well. Her blood pressure is fine; her blood work just came back as normal and her physician, Dr. Cohen, has scheduled her to be discharged on Tuesday."

The old lady said, "Thank you. That's wonderful! I was so worried! God bless you!"
The operator replied, "You're more than welcome. Is Norma your daughter?"
The grandmother said, "No, I'm Norma Findlay in 302. No one tells me shit."

Wednesday, October 22, 2008

Akankah Kita Menjadi Sejarah?



Persoalan yang patut kita tanya pada semua orang...bagi semua mangsa yang terlibat pada 13 May 1969, tiada sapa antara mereka yang menjangka mereka akan menjadi mangsa. Jadi, adakah ada antara kita yang terpikir nak masuk dalam list sejarah dengan sejarah yang sama? Bagi para sejarah yang tersenarai dalam sejarah negara, mereka berbangga kerana contribution yang diberi dalam memperjuangkan 'hak' negara. Jadi, kita memperjuangkan apa?


Ramai yang tak nampak punca terjadinya insiden 13 May... Pada aku, kalau tidak kerana orang yang mewakili rakyat pada itu (siapa lagi kalau bukan mereka yang terasa 'besar' itu), adakah perkara ini akan terjadi? Sama seperti peperangan yang berlaku di luar negara. Kalau bukan kerana konflik pemimpin negara, adakah akan tercetusnya peperangan? Mungkin ada yang berkata kita harus mempertahankan pemimpin kita, ya itu memang benar dan aku xkan menyangkal pandangan itu. Akan tetapi, kalau diperatikan, kebanyakannya menyokong secara membuta tuli atau kerana terpaksa. Yang membuta tuli tu menyokong tanpa usul periksa, tanpa mengira nyawa2 yang tidak berdosa. Mereka yang jenis inilah yang berbahaya. Kira 'doll' of the sick people. Yang terpaksa, nak kata apa kan...Mungkinkah pada masa menerima 'panggilan' atau 'seruan' pemimpin, kita turut merasa amarah mereka? Jadi, kerana telah dibekalkan dengan otak pikiran, pklah untuk kebaikan semua. Dan pada pemimpin di luar sana, sanggupkah anda membiarkan nyawa2 tidak berdosa terkorban? Akhirat lu jawab la sendiri bro.

Wednesday, October 15, 2008

Bila sejarah tetap menjadi sejarah...



Sejarah selalu menjadi kenangan dan jarang kali menjadi pengajaran buat kita...Jadi, sebelum aku post entry yang lebih panjang lebar, saja ja nak tanya apa yang korang semua tahu pasal 13 Mei 1969 dan apa pendapat korang pasal hal tersebut. Thanks kerana merespon.

Wednesday, October 8, 2008

Kisah Kutu



Salam semua... Tgh orang lain dok sibuk pasal hal2 politik gomen nih, yang xberkait pun sibuk gak memanjangkan leher dan melebarkan telinga mendengar berita2 gosip hal gomen ni dari ntah pape sumber pun, walau sekadar dok pasang telinga masa minum kat kedai mamak. Ni la satu tradisi yang aku nampak kat negara kita nih. Sampai dah masuk opis pun korang masih nak bercakap pasal isu yang korang tak tau hujung pangkal kesahihannya. Memang kita masing2 ada hak nak tau apa akan jadi pada gomen kita akan datang nih, tapi bila dah sampai kat tempat kija dan dah masuk waktu kija, wat la kija tuh. La ni antara satu perangai pekerja makan gaji (bukan suma la) yang aku jumpa dekat kebanyakan institusi. Korang dibayar untuk menjalankan tugas dari sekian masa ke sekian masa, jadi manfaatkanlah waktu tersebut sepenuhnya. Jadikan pendapatan bulanan tu halal. Bila dah halal baru anak xbanyak ragam. Penah tak korang terpikir kenapa anak2 korang banyak kerenah itu dan ini... Sekarang mungkin x tapi akan datang xtau la... simpang malaikat 44... Ada antara kita pk sumber pendapatan kita tu dari sumber yang halal tapi korang xtau lg takat mana halalnya. Kalu kija dah macam haram jadah n orang dok maki kita, marahkan kita, sumpahkan kita, kira halal ke tu? Yang tu kita serah pada Yang Esa ja la... Yang penting kita dah buat yang terbaik...
Ni bukan nak bukak pekung member aku yang sorang nih, tapi dia galakkan share untuk jadi pengajaran... Dia dok pk2 mana salah dan silap dia dalam membesarkan anak-anak. Kija komited bagai apa, perangai pun alim, duk sedekah walau gaji kecik (dia x show off tp sbb aku mmg dah kenai dia), didikan anak suma cukup... Alih2 bila dah beso nih, mula buat perangai. Tanduk dah kuar...bukan taring, tanduk tuh... Bila dia dok selidik, rupa2nya bini dia dok men kutu (yang gilir2 dapat duit tu). Mmg xsalah men 'kutu' tu tp kita kena tahu sapa team kutu kita. Bila dah borak2 ngan member2 kutu bini dia tuh, baru mamat tu tau yang salah sorang member kutu tu yang laki dia dok men judi. So, duit yang bini dia dok guna tuk bayar kutu tu duit judi. Tak ke haram tuh? Jadi pk2 lah sumber duit kita yang diguna tuk beli pakai minum anak, bini, laki kita tuh... Tu la jadi kutu dalam darah daging 1 family... Kan ke dah payah macam tu. Aku doakan family kau ok la J.
Sesame la kita renungkan mende yang tercoret nih dan sama2lah kita minta ampun kat Yang Maha Kuasa, bukan hanya minta ampun sesama manusia raya nih... Taubat kat Tuhan dah xingat... Semoga kita mendapat rahmat dan keampunan dariNya, amin...

Salam Lagi



Salam buat semua...Selamat melawat dan selamat bersahabat di alam maya ni...First aku nak terangkan tujuan aku berblogging ni supaya xda yang tersalah anggap...Aku cuma nak share pengetahuan dan pendapat dengan korang sume berkaitan pape hal selagi xmenyentuh hal2 peribadiku. Mungkin penulisan di blog ini agak keterlaluan suatu masa kelak tapi itu hanyalah pendapat aku semata-mata. Barangsiapa yang kurang senang dengan penulisan di blog ini harap anda boleh blah dan xpayah jenguk blog ni pun xpa, aku xkecik ati....Salam tuk semua dan Selamat Hari Raya Eidulfitri (dapat dari Pak Nuar nyer blog)...