Wednesday, October 22, 2008

Akankah Kita Menjadi Sejarah?



Persoalan yang patut kita tanya pada semua orang...bagi semua mangsa yang terlibat pada 13 May 1969, tiada sapa antara mereka yang menjangka mereka akan menjadi mangsa. Jadi, adakah ada antara kita yang terpikir nak masuk dalam list sejarah dengan sejarah yang sama? Bagi para sejarah yang tersenarai dalam sejarah negara, mereka berbangga kerana contribution yang diberi dalam memperjuangkan 'hak' negara. Jadi, kita memperjuangkan apa?


Ramai yang tak nampak punca terjadinya insiden 13 May... Pada aku, kalau tidak kerana orang yang mewakili rakyat pada itu (siapa lagi kalau bukan mereka yang terasa 'besar' itu), adakah perkara ini akan terjadi? Sama seperti peperangan yang berlaku di luar negara. Kalau bukan kerana konflik pemimpin negara, adakah akan tercetusnya peperangan? Mungkin ada yang berkata kita harus mempertahankan pemimpin kita, ya itu memang benar dan aku xkan menyangkal pandangan itu. Akan tetapi, kalau diperatikan, kebanyakannya menyokong secara membuta tuli atau kerana terpaksa. Yang membuta tuli tu menyokong tanpa usul periksa, tanpa mengira nyawa2 yang tidak berdosa. Mereka yang jenis inilah yang berbahaya. Kira 'doll' of the sick people. Yang terpaksa, nak kata apa kan...Mungkinkah pada masa menerima 'panggilan' atau 'seruan' pemimpin, kita turut merasa amarah mereka? Jadi, kerana telah dibekalkan dengan otak pikiran, pklah untuk kebaikan semua. Dan pada pemimpin di luar sana, sanggupkah anda membiarkan nyawa2 tidak berdosa terkorban? Akhirat lu jawab la sendiri bro.

8 comments:

Mak Su said...

pemimpin kena betulll....

faridmw said...

salam.. sesusungguhnya setiap pemimpin memain peranan yang penting... pemimpin yang menentukan hala tuju negara...

orangbukit said...

Peristiwa 13 Mei 1969 is highly sensitive issue. After 51 years of independence, the people is more educated and tolerance. What is more important is to promote and protect progress to Malaysia.

Jangan berjuang kerana manusia, manusia tidak sempurna. Kekadang media massa arus perdana yang terlebih sudu dari kuah..

manje said...

salam

emm apapun kene betulkan asas perjuangan dulu... dan pucuk pimpinan... biar ikhlas telus dan jujur...

PENDEKAR said...

kita yang mencipta sejarah......
13 mei boleh berulang sekiranya kita sendiri tidak menanam pohon toleransi dan damai

izman said...

harap peristiwa 13 mei x akan berulang.

BurungBelatuk said...

mak su - sokong maksu...laksanakan tugas ikut kepercayaan yg rakyat dah bagi...

faridmw - salam kembali. buat baik berpada2, buat jahat jgn sekali

orgbukit - berjuang untuk mendapat keredhaanya,amin

manje - salam kembali. kalau telus n telus biar Tuhan ja yg tahu.

pendekar - jangan menanam tebu di tepi bibir sudah

izman - sama2 kita berdoa utk kesejahteraan semua, amin

Ajeem said...

tanah runtuh di bukit antarabangsa berlaku secara mengejut tanpa memberi petanda awal..pengajaran yang harus kita ambil adalah jangan menyangka keadaan sekarang yang kononnya aman damai tidak memungkinkan peristiwa 13 mei daripada berlaku lagi...rakyat malaysia masih taksub dengan kaum masing2 maka peristiwa tersebut bila-bila mas boleh berulang.

p/s: mencegah lebih baik daripada mengubati.