Wednesday, October 8, 2008

Kisah Kutu



Salam semua... Tgh orang lain dok sibuk pasal hal2 politik gomen nih, yang xberkait pun sibuk gak memanjangkan leher dan melebarkan telinga mendengar berita2 gosip hal gomen ni dari ntah pape sumber pun, walau sekadar dok pasang telinga masa minum kat kedai mamak. Ni la satu tradisi yang aku nampak kat negara kita nih. Sampai dah masuk opis pun korang masih nak bercakap pasal isu yang korang tak tau hujung pangkal kesahihannya. Memang kita masing2 ada hak nak tau apa akan jadi pada gomen kita akan datang nih, tapi bila dah sampai kat tempat kija dan dah masuk waktu kija, wat la kija tuh. La ni antara satu perangai pekerja makan gaji (bukan suma la) yang aku jumpa dekat kebanyakan institusi. Korang dibayar untuk menjalankan tugas dari sekian masa ke sekian masa, jadi manfaatkanlah waktu tersebut sepenuhnya. Jadikan pendapatan bulanan tu halal. Bila dah halal baru anak xbanyak ragam. Penah tak korang terpikir kenapa anak2 korang banyak kerenah itu dan ini... Sekarang mungkin x tapi akan datang xtau la... simpang malaikat 44... Ada antara kita pk sumber pendapatan kita tu dari sumber yang halal tapi korang xtau lg takat mana halalnya. Kalu kija dah macam haram jadah n orang dok maki kita, marahkan kita, sumpahkan kita, kira halal ke tu? Yang tu kita serah pada Yang Esa ja la... Yang penting kita dah buat yang terbaik...
Ni bukan nak bukak pekung member aku yang sorang nih, tapi dia galakkan share untuk jadi pengajaran... Dia dok pk2 mana salah dan silap dia dalam membesarkan anak-anak. Kija komited bagai apa, perangai pun alim, duk sedekah walau gaji kecik (dia x show off tp sbb aku mmg dah kenai dia), didikan anak suma cukup... Alih2 bila dah beso nih, mula buat perangai. Tanduk dah kuar...bukan taring, tanduk tuh... Bila dia dok selidik, rupa2nya bini dia dok men kutu (yang gilir2 dapat duit tu). Mmg xsalah men 'kutu' tu tp kita kena tahu sapa team kutu kita. Bila dah borak2 ngan member2 kutu bini dia tuh, baru mamat tu tau yang salah sorang member kutu tu yang laki dia dok men judi. So, duit yang bini dia dok guna tuk bayar kutu tu duit judi. Tak ke haram tuh? Jadi pk2 lah sumber duit kita yang diguna tuk beli pakai minum anak, bini, laki kita tuh... Tu la jadi kutu dalam darah daging 1 family... Kan ke dah payah macam tu. Aku doakan family kau ok la J.
Sesame la kita renungkan mende yang tercoret nih dan sama2lah kita minta ampun kat Yang Maha Kuasa, bukan hanya minta ampun sesama manusia raya nih... Taubat kat Tuhan dah xingat... Semoga kita mendapat rahmat dan keampunan dariNya, amin...

13 comments:

izman said...

terima kasih jengok blog aku. datanglah selalu.

betul, kita kena selalu pastikan sumber duit kita mestilah dari jalan halal.

Nek Cun said...

Salam, memang betul apa yang belatuk coretkan tu... kekadang kita tak sedar samada rezeki yang kita beri anak-anak kita makan tu dari sumber yang halal ke tidak... InsyaAllah, semoga kita akan sentiasa mendapat keberkatan rezeki dari Nya... marilah kita saling ingat mengingati...

BurungBelatuk said...

izman - InsyaAllah...mmg btul tu...baek beringat sebelum tkena kemudian kan...

nek cun - tul tu... kita kija dgn niat ikhlas dan bersungguh je. selebihnya kita berusaha sendiri dan berserah kepadaNya.

Muqreez said...

Kita pelihara pendapatan selagi terdaya...tutup lubang masuk benda2 bukan...tutup juga pintu keluar untuk blanja benda bukan2...

Zakat untuk sucikan yang terlepas masuk...sedekah untuk extra cucian :)

orangbukit said...

Salam. Bersetuju sangat dgn artikel ni..tapi byk lagi sumber yang perlu dijaga, e.g. kredit kad, akaun bank, investment, insuran, etc. Dah ada alternatif tapi masih ramai yang guna yang non-islamic. Awal bulan guna kredit kad conventional bayar grocery kat pasaraya n bagi famili makan. Hutang + riba...

faridmw said...

salam ziarah...
selamat hari raya.. buat la sesuatu ikhlas kerana allah...

Mak Su said...

alamak...mmg pntg apa2 pun disiasat elok2, sebelum terjun menceburinya, ek

bozzobattousai said...

salam singgah,
memang btul kita kena jaga dari mana dtg duit kita tp klu dah sampai gitu kena gak fikir
1)duit gaji dtg dari mana?
2)beli sayur dan makanan sapa yg jual?
3)sape yg tanam?
4)halal ke bahan2 yg diorg gunakan?

susah beb nak kira sume tuh. janji kita kerja betul dan tak menyimpang dah kira halal lah tuh.

ps: smalam DSAI blanja aku minum teh tarik, nak kira camana tuh?

13may said...

salam...

tima kasih kerana singgah kat blog gua aritu :)

Sri Diah said...

Salam ziarah kembali... terima kasih datang ke blog akak.

Memang betul, kita kena ambil hanya yang halal dan menjadi hak kita sahaja. Bak kata mak akak; duit tak berkat, tak lekat...

kikiEy said...

saya setuju dengan entri kamo ini.

xberkat sumber haram,
nati hati kita jadi gelap.

susah tu!

BurungBelatuk said...

muqreez - time kasih.. second stanza best..zakat untuk sucikan yang terlepas masuk...sedekah untuk extra cucian :)

orangbukit - yang naya mkn tuh ahli2 paeli.simpang malaikat 44

faridmw - salam...sama2 la kita...

maksu - setuju betol nih...

bozzo - terpulang pd niat bro...lain2 serah ada Allah ja...

13 may - salam kembali..sama2

sri diah - sesame..saya gumbira dapat tau akak ada blog...

kikiey - biar gelap anak mata jgn gelapkan hati family dgn mknan haram tuh...

shafarina said...

na'uzubillah

kita main kutu gak dgn kengkawan ofis

takut juga tapi benda betul kan, sumber tu mesti halal